Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.
Kokain digunakan dengan cara menyuntik, menghidu dan menghisap. Popular dengan nama jalanan seperti Coke, Crack, Snow dan Flake.
Kokain ‘Freebase’ adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Manakala Kokain ‘Crack’ adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk ‘granules’. ‘Crack’ mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.