Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Kokain digunakan dengan cara menyuntik, menghidu dan menghisap. Popular dengan nama jalanan seperti Coke, Crack, Snow dan Flake.

Kokain ‘Freebase’ adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Manakala Kokain ‘Crack’ adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk ‘granules’. ‘Crack’ mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang sering disalahgunakan adalah dalam bentuk tepung putih dengan cara ‘smoked’ dan ‘snorted’ untuk mendatangkan kesan khayalan seperti dibius.

Kesan-Kesan Pengambilan
Berkhayal, mudah terangsang, euphoria, kadar denyutan nadi yang tinggi, tidak dapat tidur dan halusinasi. Kurang pertimbangan dan koordinasi boleh menyebabkan risiko kecederaan yang besar, mengakibatkan kecederaan diri, tingkahlaku yang ganas, paranoia, tertekan atau kebimbangan serta pengulangan yang tidak diramal.

Daun Ketum

Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Iater golong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawata nuntuk penagihan heroin. Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.


Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.


Tanda-tanda dan gejala

Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).


Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 ??? 5 hari.


Kesan dan akibat

Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum

Ekstasi

Apakah itu ekstasi?

Ekstasi


* Adalah dadah sintetik yang diharamkan

* Mempunyai kesan yang sama seperti dadah perangsang dan dadah yang mengkhayalkan

* Kerap digunakan di kelab malam dan disko yang beroperasi sepanjang malam

* Ia juga dikenali sebagai - "club drug", "love drug" dan "dance drug"

* Ia boleh menyebabkan ketagihan


Bagaimana ekstasi menjejaskan tubuh anda?


1. Kesan jangka pendek yang positif :


* Perasaan gembira yang amat sangat

* Mudah bergaul

* Bertambah tenaga

* Rasa selesa dan rapat dengan orang lain

* Amat seronok dengan muzik


2. Kesan jangka pendek yang negatif :


* Loya

* Seram-sejuk

* Berpeluh

* Peningkatan suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah

* Mengetap gigi tanpa disedari

* Kejang otot


3. Kesan jangka panjang yang negatif :


* Merasa cemas

* Keadaan paranoia

* Kekurangan air

* Kemurungan

* Kegagalan jantung atau buah pinggang

* Hilang ingatan


Adakah ekstasi merbahaya?

Ekstasi merbahaya kerana ia boleh menyebabkan :


* Ketagihan

* Masalah mental seperti kemurungan dan khayalan

* Kerosakan pada otak dan saraf

* Kerosakan pada organ-organ penting seperti jantung, hati dan buah pinggang

* Kecederaan akibat keganasan atau kemalangan

* Masalah merokok dan minum arak


Kematian Ia juga boleh menyebabkan seseorang :


* Terdedah kepada seks yang tidak selamat dan tidak diingini

* Ditahan polis kerana melanggar undang-undang akibat penggunaan dadah yang diharamkan


Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dengan ekstasi?


* Dapatkan bantuan dan sokongan dari ibubapa, guru, kaunselor, pembimbing rakan sebaya atau doktor

* Anda hendaklah tegas dengan pendirian anda dan katakan "tidak" kepada gejala ini.


Kenali Dadah

Ganja

Kanabis atau Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan. Ia biasa disalahgunakan untuk tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok. Ia juga digunakan untuk aspek perubatan, contohnya bagi mengurangkan sakit dan perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).


Ganja diperolehi dari sejenis pohon yang bernama 'cannabis sativa' atau hemp.Pohon kanabis mengeluarkan sejenis damar, yang meliputi bahagian pohon yang berbunga dan dedaun di sebelah atas.. Damar ini mengandungi satu sebatian psikoaktif yang dipanggil THC (tetrahydrocannabinoid). Kepekatan THC berbeza mengikut bahagian pohon tersebut. Kesemua bahagian pohon boleh digunakan. Nama panggilan yang lazim digunakan penagih juga berbeza mengikut bahagian mana yang di guna. Nama biasayang digunakan adalah marijuana, pot, weed, dope, hashish atau hash. Iabiasanya dihisap atau disedut. Ia boleh digulung seperti tembakau atau disedut melalui shisha (water pipe).


Tanda-tanda dan gejala


Apakah tanda-tanda dan gejala penyalahgunaannya?

Pada peringkat awal, penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah. Bila digunakan berpanjangan ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan, lembap dalam berfikir, lambat masa bertindakbalas, gangguan daya ingatan, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung meningkat, kebimbangan, perasaan curiga dan sangsi.


Komplikasi

Ganja juga boleh menyebabkan tanda-tanda gian jika digunakan pada dos yang tinggi. Gejala-gejala itu termasuk:


  1. Kebimbangan
  2. Lekas marah
  3. Berpeluh
  4. Hilang selera makan
  5. Kemuraman
  6. Gangguan tidur

Ganja juga telah dikenal pasti boleh mengurangkan bilangan sperma dan boleh menyebabkan kemandulan. Ia boleh membuat si pengguna beralih kepada heroin dan menyebabkan ketagihan dan pergantungan. Ia boleh menghasilkan penyakit mental yang serius, seperti penyakit kemurungan dan penyakit paranoid.


Kumpulan Sokongan

Addiction Centre

  1. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  2. PEMADAM
  3. PENGASIH
  4. Guru

Psychiatrists

  1. Specialist Counsellors in Addiction Issues
  2. Clinical Psychologists
  3. Ibu bapa
  4. Guru sekolah